Breaking News

Video pelajar di Sarawak tumbuk guru


pic credit to berita harian.

KUALA LUMPUR: Sarawak yang digemparkan dengan penyebaran rakaman video perlakuan seks membabitkan dua pelajar Tingkat Dua di negeri itu minggu lalu, kini dikejutkan pula dengan rakaman seorang pelajar sebuah sekolah menengah di negeri itu memaki-hamun dan menumbuk gurunya.  - selanjutnya baca disini

Kesian cikgu² zaman sekarang ni. dah la kerja kat sekolah bertambah². Kerja bukan setakat mengajar jer, luar bidang mengajar pun cikgu² kena buat jugak. Organized function tu, meeting ni, pertandingan itu ini, rombongan cik kiahnye.. Ni dah tambah plak dengan masalah disiplin. Kalau dulu waktu zaman kite skolah, rasanya tak pernah langsung dengar ada pelajar tumbuk, pukul cikgu. Masalah disiplin meroko dalam tandas, ponteng skolah tu biasa la kita dengar. Tapi bile kena denda dengan cikgu, smua takut jer. jangan kata nak melawan. Nak lawan kata2 pun takut. Silap2 kalau cikgu penampar, balik rumah report kat mak ayah, mau kena penampor lagi 2 3 kali kot. cikgu tampor skali jer. huhuh.. Tu zaman dulu la. Tapi zaman skarang ni dah lain.

Agaknya anak² zaman sekarang ni terlampau open sangat kot. Open dengan dunia luar. Bila dah ada geng(bukan geng bas skolah), mula la berani nak tunjuk lagak. Tambah plak depan² aweks. Kire bangga habis la dapat melawan cikgu²(pemikiran zaman budak² hingusan camtu la..) Tak pun terlampau manje sangat. Ada juga ibu bapa yang terlampau manjakan anak sampai tak mengaku anaknya buat silap. Ni pesanan incik wanshah je la. Kepada ibu bapa yang mempunyai anak, selalu la peka tentang anak². dengan siapa dia berkawan, kalau keluar rumah tu, betul ke dia pergi ke tempat yang dia minta izin nak pergi. Kalau ada jiran tetangga bgtau kesalahan anak kita, jangan cepat melenting. Selidik dulu betul². Cz jiran tetangga tu lebih peka dari kita. Ye la, kite bukannya setiap masa memerhatikan anak². Kepada anak² plak, hormatilah guru. Dari situ lah timbulnya keberkatan dalam menuntut ilmu. Ilmu yang tak berkat, takkan bawa kita kemana² pun. Malah tak dapat kita manfaatkannya pun. Jadi, hormatilah guru² kita. Haritu dengar ceramah ustazah Norbayah, best pepatah dia bagi.

"Waktu senja tebang pokok, Terlebih manja pun tak elok."
"Kanak² suka melompat, Nak bermaje biar bertempat."

p/s:- mendalam maksudnye tu. :)

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

7 comments

piewahid said...

peel manusia skang sukar djangka.
jiwa kacau ada di mana2...

semoga guru2 terus tabah mnjalankan tugas sebagai muraabi, muaddib dan mu'alim!

sahromnasrudin said...

mmg ya, wanshah..setakat calar kereta tue perkara biasa la...mmg teruk pelajar skrg kan :-)

nurayunni said...

budk2 zaman skrg....xdijangke..

ozzy said...

salam..
Jauh bezanya zaman kanak2 kita dulu dgn skrg...dulu nakalnya lain tapi skrg mmg lain.

khadijah nas said...

mengapa begini jadinya remaja sekarang? apakah faktor-faktor yang menyebabkan mereka jadi begini?? sedih dengan perlakuan begini. jangan terlalu ikut darah muda! to all parents,watch out your daughter and son!

penjejak maya said...

salam,

bebudak sekarang jentik sikit pun masuk surat khabar..

Mîss Rôry said...

selamat menunaikan ibadah puasa.. :)