Breaking News

Awas! CCTV kini pantau aktiviti manusia di seluruh Putrajaya


pic credit to google.

Awas! CCTV kini pantau aktiviti manusia di seluruh Putrajaya
JIKA anda sedang memandu di sekitar Putrajaya ketika ini sambil telefon bimbit di telinga, dua tiga hari kemudian pasti surat saman menyusul.
Di suatu insiden lain pula, seandainya seseorang ternampak ada sesuatu yang tidak kena di kawasan kejiranan, misalnya sekumpulan anak muda membawa masuk perempuan bukan muhrim ke rumah atau gejala maksiat berlaku, beberapa minit kemudian, pasti menyusul jabatan agama ke situ.
Bukan kerana saman ekor pada insiden pertama tadi atau juga kebetulan pasukan peronda berada di kawasan kejiranan dalam kejadian kedua. Sebaliknya semua ini berpunca daripada kamera litar tertutup (CCTV).
Ini kerana Putrajaya atau lebih dikenali sebagai Pusat Pentadbiran Persekutuan yang beroperasi lebih sedekad lalu, kini dilengkapi sepenuhnya pemantauan sekitar dengan CCTV.
Dari Presint 1 sehingga ke kawasan perkuburan Presint 20, semuanya dipantau dengan lebih 150 unit litar berkenaan.


pic credit to google.

Bagaimana ia beroperasi dengan cekap? Katakan esok, anda tiba-tiba ternampak satu kejadian ragut di Presint 16, lantas panggilan dibuat ke Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Putrajaya. Menerusi kerjasama dengan Telekom Malaysia (TM), CCTV berkenaan akan zoom ke tempat kejadian dan ia terus dipancarkan ke Pusat Kawalan Polis IPD.
Bayangkan dalam tempoh 20 saat sahaja, selepas panggilan kecemasan diterima sama ada membabitkan insiden ragut, kemalangan jalan raya atau kebakaran, CCTV akan mula bertanggungjawab memfokus ke sasaran lokasi kejadian.
Setakat Mac lalu, 3,235 CCTV sedia ada termasuk yang akan dipasang di seluruh negara bakal diselaraskan untuk tujuan membanteras jenayah.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, perkara itu dimuktamadkan menerusi perbincangan bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Pengangkutan dalam sasaran mengurangkan 20 peratus kadar jenayah jalanan.
Sejumlah 388 daripada 1,525 CCTV baru itu akan difokuskan di empat negeri 'panas' melibatkan 14 pihak berkuasa tempatan (PBT).
Sebelum itu, pemasangan 1,710 CCTV dilakukan untuk pelbagai tujuan antaranya berfungsi sebagai pemantau trafik atau menjaga keselamatan premis.
Di Putrajaya, dengan adanya CCTV, pasti agak mustahil untuk peragut meloloskan diri kerana setiap inci pergerakan mereka boleh dikesan.
Apatah lagi dengan landskap jalan di Putrajaya dengan setiap sudut dikekang lampu isyarat pasti menyukarkan tindakan jahat si peragut.
Fungsi dan peranan CCTV yang bersifat bersepadu itu memudahkan semua pihak termasuk Perbadanan Putrajaya sendiri memanfaatkannya untuk mencegah perbuatan vandalisme.
Pemasangannya di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan awam boleh membantu meningkatkan lagi keyakinan orang ramai termasuk pelancong untuk melawat ke mana-mana sahaja lokasi di Putrajaya.
Dan bagi pasangan yang cuba-cuba melakukan maksiat, anda perlu berfikir dua kali kerana perbuatan anda akan dipantau oleh CCTV, lantas pihak berkuasa agama akan segera mengambil tindakan.
Juga, kesesakan yang sering berlaku di awal pagi kerana penjawat awam yang bergerak masuk ke pejabat-pejabat kerajaan akan mudah dipantau polis trafik.
Untuk mereka yang sering membuat pusingan 'U' di depan sebuah stesen minyak di Presint 16, juga wajar berhati-hati. Sikap terburu-buru itu akan membuatkan anda rugi besar - sama ada wang ringgit (saman) atau nyawa yang terancam akibat kemalangan.
Yang pasti kini, Putrajaya adalah lokasi paling selamat di Malaysia.

p/s:- lepasni kalau korang datang putrajaya, kecing kat tepi jalan tu hati² sket. silap² kena rakam ngn cctv masuk plak paper tajuk utama. malu kaum kerabat oOo... hueheuhue..
sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0809&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

6 comments

sahromnasrudin said...

salam wanshah..pas nie klu aku turun putrajaya aku nak jalan kaki la..nak test ade tak manusia berhati mulia tumpangkan aku huhuhuh....

Rizzuan Shah said...

mesti ada bro. Kalau jalan kaki, mesti ada orang naik kete warna merah ajak naik. siap tulis kat pintu dia "Jemput naik", pastu kat atas dia ada tulis "TEKSI". hehehe..

al-lavendari said...

harap2 cctv tu boleh pantau kakitangan yang ponteng, atau minum teh berlama-lamaan.

Rizzuan Shah said...

diputrajaya memang ada skuad pemantau pakcik al-lavendari. diorang ni sentiasa je menyamar intai orang yang ponteng kerja ni. kalau kantoi, siap ambil gambar lagi.

::FAIZ:: said...

selamat berpuasa....

♥cikmOt♥ said...

aler,.ni yang tk beh ni...tak jadi nk p jualan metrojaya kat picc..skuad pemantau ramaiii..huwaaa