Breaking News

Jom sokong skuad MALAYSIA!!!

 Orang ramai dijemput ke Dataran Putrajaya, berhadapan Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3 pada 26 dan 29 Disember 2010 mulai jam 8.00 malam kerana AFF Suzuki Cup akan membawa anda untuk menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Suzuki 2010 antara Malaysia menentang Indonesia di Skrin LED Plasma Gergasi. Ini adalah untuk memberi peluang kepada warga Putrajaya untuk sama-sama menunjukkan semangat dan sokongan kepada pasukan bolasepak negara sewaktu berlangsungnya Perlawanan Akhir Pertama di Stadium Bukit Jalil pada Ahad ini.


Memandangkan inilah kali pertama pasukan Malaysia mara ke perlawanan akhir bagi merebut Piala Suzuki, warga Putrajaya turut bergembira dan berpeluang menyokong pasukan negara di tempat sendiri. Pada masa yang sama, Putrajaya akan diceriakan lagi dengan kehadiran pelbagai golongan terutamanya golongan belia dan peminat bolasepak.

Sila layari www.ppj.gov.my dan http://www.affsuzukicup.com/


Yang Betul,

3 comments

sahromnasrudin said...

jom serbu........

Unknown said...

SALAM,
DI RUMAH JE (BBB) SEBELAH PUTRAJAYA. KALAU MAIN IKUT STRATEGI DI VIETNAM, KITA AKAN MENANG. SEMOGA PERLAWANAN BERJALAN DENGAN LANCAR. TAK MAHU GADUH2.

Rizzuan Shah said...

sahrom: jgn lupe pakai jersi biru. tersilap pakai jersi merah, ada gak yg kena boo nanti bro. heuheue.. ;)

LH: malaysia boleh uncle.. :)