Breaking News

Sakit ketika bersalin

Ada satu pasangan yang telah berkahwin telah pergi ke hospital untuk menyambut kelahiran bayi pertama mereka.

Apabila mereka tiba di wad bersalin, doktor memberitahu yang hospital sedang menguji sebuah mesin berteknologi tinggi yang baru dan mengagumkan. Mesin itu akan memindahkan sedikit kesakitan ibu kepada bapa bayi ketika si ibu sedang melahirkan bayi. Doktor bertanya jika mereka meminati untuk mencuba teknologi tersebut. Sebagai seorang anak muda yang moden pemikirannya, pasangan tersebut berkata mereka berminat dan bersetuju untuk mencubanya.

Setelah kelengkapan dipasang pada si ibu dan bapa, proses melahirkan anak dijalankan. Doktor telah set kan kesakitan itu pindah kepada sibapa sebanyak 10 peratus untuk pemulaan. Ini bermakna, 10 peratus mungkin akan menyebabkan sibapa merasa lebih sakit daripada yang pernah dialami sebelum ini. (Doktor adalah seorang wanita, oleh itu - cara mereka mengkhusus kepada menyantuni satu sama lain dalam menjalankan proses-proses kelahiran).

Disepanjang proses kelahiran itu, si suami masih berasa baik. Kemudian, dia melihat isterinya mula merasakan tidak selesa. Dia bertanya kepada doktor untuk meneruskan dan minta doktor naikkan satu takuk atas(naikkan tahap kesakitan). Dia akan mengambil lebih kesakitan dirinya daripada melihat isterinya menderita.

Doktor kemudian menyelaraskan mesin itu untuk pemindahan 20 peratus tahap kesakitan.

Suami masih berasakan biasa dan sihat sahaja.

Doktor itu kemudiannya menyemak denyutan jantung suami dan tekanan darah dan kagum akan si suami kerana dia melakukan dengan baik sekali. Pada ketika ini mereka memutuskan untuk mencuba pada tahap 50 peratus pula. Suami itu meneruskan dan masih berasa betul-betul baik.

Sejak pemindahan kesakitan itu berlangsung, nyata ianya sangat membantu si isteri. Si suami itu menggalakkan doktor untuk membuat pemindahan KESEMUA kesakitan si isteri kepadanya. Si isteri itu telah selamat melahirkan bayi sihat dengan hampir-hampir tidak merasa kesakitan, dan suami juga masih tidak merasakan apa-apa kesakitan. Si isteri dan suaminya gembira kerana membuatkan si doktor kebingungan memikirkan hal tersebut.

Apabila mereka pulang ke rumah setelah selamat melahirkan anak di hospital, mereka menemui mayat posmen pada anjung rumah.

p/s: ayat yang last skali tu faham² la ek. :-P lu pikir la sendiri bak kata nabil raja lawak. huhuhu..


Yang Betul,

11 comments

..nOj.. said...

ahahah siot betul. anak posmen rupenye. huhuh

Melatidaisy said...

aduss..lmbat jugak nk faham..lampi skit ari ni..hehe

Rizzuan Shah said...

kak noj: amboi.. cepat jer org dah kawen ni ek. :-P

melatidaisy: ni dah faham ke blm?.. cite kat atas tu saje lawak jer. untuk ceriakan hari khamis. :-)

::FAIZ:: said...

Aku faham. Hahahaha. Bodoh je suami dia tak tau bini dia curang ngan posmen.

Rizzuan Shah said...

faiz: agaknye suami dia pun kebingungan cam doktor tu. :-P

nik anna said...

hohohoh..ade pengajaran nye cete ni...positivenye kn bgs klo btl2 ade mesin pemindahan kesakitan kn... yg negative cete ni..kecurangan yg xleh d tutup..hahhaha..kelakar sehh..~~(jgn nk wat curang).

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

teknologi doraemon.. wan nie mesti banyak tengok doraemon nie.. aha!~ :)

Putera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
e-Store StormReaders - http://www.stormreaders.net/zulfadhli

p/s: Miliki buku2 ilmiah karya ikon2 popolar seprti Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Irfan Khairi, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Norbahyah & lain2 di http://www.stormreaders.net/zulfadhli sekarang!

zatilzuhdi said...

hahaha..cik zatil rojer kenapa posmen tu mampos..hehehe

leh pulak mampus depan umah
perempuan tuh..

btw, nak mtx alamat wanshah
boleh?

emel here cikzatil@gmail.com
jmpt wan & fam dtg
walimah nnt..

terima kasih ;)

MaizaC'Joe said...

Salam

wan.. ayat yang last tue.. tak faham la.. puas fikir tak faham gak :-)

Anonymous said...

haha , lambat sikit nak paham :)
maklumlah , masih budak kecik :p

Rizzuan Shah said...

nik anna: betul³.. tak baik curang oo.. kesian la kat pasangan kite.:)

Zulfadhli: Huhuhu.. doraemon pun tak sempat nak copy lagi teknology yang nih. saya tak minat doremon. tapi saya minat inspektor konan. (minat kat tukar² suara tu. :-P

Cik zatil: amboi.. orang dah nak kawin ni cepat jer fahamnye ek?.. :-P kite dah hantar dah alamat kat cik zatil. nanti cek la email ek. :-)

Maiza: Cik Maiza kena tanya cik zatil. dia dah pro dah. hueheuheuh..

Nur Hazlin: Ye² jer ko tak paham yer dik?.. :-P