Breaking News

Penipuan terbaru..

Entry kali ni berkenaan satu email yang dikirimkan oleh seorang kawan. Harap boleh sebar²kan berita ni. Mungkin suatu hari terkena pada family kita.

Email seperti yang diterima:
Kepada semua,

Saya tidak boleh berhenti dari berkongsi perkara ini dengan anda semua.

Ianya bermula apabila saya menerima satu panggilan telefon daripada seseorang menyatakan dia membuat panggilan dari Maxis dan dia menyuruh saya shutdown telefon bimbit selama 2jam untuk mengupdate 3G. Oleh kerana saya sibuk dengan meeting, saya tidak bertanya apa² soalan dan lantas shutdown telefon bimbit saya.

Selepas 45minit berlalu, saya merasa sesuatu yang meragukan apabila teringatkan yang pemanggil tadi tidak memperkenalkan nama beliau. Saya cepat² turn-on kan semula telefon bimbit saya dan saya menerima message mis-call dari family saya dan nombor yang lain adalah daripada nombor yang call saya awal² tadi - 3954380

Saya call ibubapa saya dan amat terkejut kerana mendengar suara mereka sangat ketakutan dan risau sambil menanyakan saya selamat atau tidak. Mak ayah saya kata, mereka telah menerima satu panggilan dari seseorang yang menyatakan saya ada bersama mereka dan meminta duit untuk membebaskan saya. Panggilan itu seolah² real, dan mak ayah saya juga mendengar bunyi suara saya menangis dan menjerit meminta tolong. Mak ayah saya berada di bank sewaktu saya call dan menanti panggilan seterusnya dari orang tersebut untuk membuat pemindahan duit. Saya memberi tahu mak ayah saya yang saya berada dalam keadaan baik dan selamat dan menyuruh mereka ke balai polis untuk membuat report.

Selang beberapa minit selepas itu, saya menerima panggilan dari lelaki tersebut menyuruh saya shutdown telefon untuk 1jam lagi. Saya tidak mengendahkan dan terus meletak panggilan tersebut. Lelaki tersebut terus menerus menghubungi saya sehingga bateri telefon bimbit saya habis. Saya sendiri membuat laporan polis dan saya difahamkan oleh pegawai polis disitu bahawa polis telah menerima banyak laporan berkenaan penipuan sedemikian rupa. Kebanyakan kes yang dilaporkan, mangsa telah pun menyerahkan duit! dan mustahil untuk mendapatkannya kembali.

Olehitu berhati²lah dengan penipuan sedemikian rupa yang boleh terjadi pada diri kita sendiri! Lelaki tersebut sangat professional dan sangat meyakinkan sewaktu bercakap. Jika anda disuruh shutdown telefon bimbit anda untuk sebarang update dari service provider, TANYA DULU!! samada keluarga atau rakan anda menerima panggilan yang sama atau tidak..

Sentiasa Selamat, dan sentiasa peka.
Tolong sebarkan kepada keluarga dan rakan² anda.

p/s: email diatas ditranslate dari email asal yang menggunakan english language. Jika ada mana² yang tersilap atau tak faham, harap² dimaafkan lah yer.. :-) so, stay alert and be safe. cewah.. speaking plak incik wanshah ni. huhuhuh..

Yang Betul,

10 comments

nik anna said...

macam2 ragam org jahat nk cri duit dgn keje yg mudah..marah btl nik anna ni!!..lenkali hati2 ye en wah shah...(pesanan tuk diri sy gak)..

Rizzuan Shah said...

nik anna: eh, kejadian ni tak berlaku pada saya nik anna. saya just kongsikan bersama supaya kita semua tak terkena macam tu. :-) thanks bg coment nik anna. :-)

Melatidaisy said...

salam :)

wanshah n wife ape khabr?

thanks 4 sharing dis email here, mcm2 cara org nk buat jahat sekarang ni..terang2 or berselindung tetap ada mangsanya..semoga semua dikurniakan hidayah olehNya..

zatilzuhdi said...

salam tuan umah..dasyat
dunia sekarang ni
kat mane2 dah
tak selamatkan..

kadang2 nak jalan2
pun takut sbb
rasa unsecure dgn
situasi semasa..

belum baca paper
lagi..hari-hari
cite same semua
menakutkan..

cite bunuh, rompak,samun,
rogol..dll..
nauzubillah mintak jauh
semua tuh..

semoga kita semua
dilindungi-Nya..

amin...

Rizzuan Shah said...

melatidaisy: saya n wife alhamdulillah sihat. memang betul cik melati. skarang ni orang nak wat jahat dah makin creatif.

cik zatil: w'salam cik zatil. ermm, betul tu cik zatil. skarang ni kat mana2 pun kena berhati2. cz ada saja orang buat jahat. kita kena slalu berdoa mintak Allah selamatkan kita semua dari perkara yang tak diingini. aminn..

zatilzuhdi said...

betul la wan mintak
allah lindung
dari sebarang
kejahatan..

be back! ;)

Rizzuan Shah said...

cik zatil: dah habis kelas ke?.. :-)

Unknown said...

bermacam ragam manusia skrg kn??
ape2 pn setiasalah dampingi pada yang SATU. insyaAllah seme ok. :]

Kancilbiru said...

ee...taktik ni pulak dah....dunia skrg makin menakutkan....

Wana Yusuf said...

Tq for the info... next time kene berhati2.. tak sangka dlm tel pun org boleh menipu....