Breaking News

Contoh Surat Komplain Kepada TNB Kerana Kelewatan Pemasangan Meter

Baru-baru ni ada mohon pemasangan meter baru Tenaga Nasional Berhad (TNB). Setelah sebulan memohon, masih lagi tak ada pihak TNB datang pasang. Selagi tak pasang meter TNB, nak mohon CF pun tak lepas. So, mula la karang ayat untuk buat komplain ke TNB HQ. Contoh ayat lebih kurang begini. Kalau ada sesiapa yang nak guna ayat ni dialu-alukan. Silalah copy paste ye. Yang ni saya guna email sahaja. hantar ke -> tnbcareline@tnb.com.my


Kepada TNB,
1 OKTOBER 2018

Tuan,
PERMOHONAN PEMASANGAN METER BARU TNB DI LOT6666 KAMPUNG LABU SEPANG

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Untuk makluman tuan, permohonan bagi pemasangan meter baru di kediaman saya (No. Permohonan: 4000111994)
telah melebihi tempoh sebulan dari tarikh permohonan saya iaitu pada 25 Ogos 2018. Saya juga telah beberapa kali pergi 
ke TNB Salak Tinggi, Sepang bagi mendapatkan kepastian atas kelewatan tersebut. Tetapi alasan yang diberikan adalah sama
iaitu masih diperingkat mendapatkan anggaran kos.

3.   Adalah saya dimaklumkan bahawa, Standard of Procedure (SOP) terbaru TNB bagi proses permohonan dan pemasangan
meter baru di premis hanya mengambil masa selama seminggu. Memandangkan kini telah melebihi tempoh sebulan, saya
berharap agar pihak TNB mengambil serius akan perkara ini, bagi memastikan kualiti perkhidmatan TNB dan juga tanggapan
pengguna terhadap TNB pada masa akan datang berada di tahap positif. Dengan kelewatan ini, ia sememangnya telah
menyukarkan pihak saya bagi proses permohonan CF.

4.   Kerjasama dari pihak tuan amatlah saya harapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang maklumbalas
bolehlah menghubungi saya di talian 012-3456789 Encik Nama.

Sekian, terima kasih.

Nama Anda Di sini



Moga bermanfaat.

No comments