Breaking News

Penutupan Jalan Sempena Hari Wilayah

pic credit to sejarah2u.

HEBAHAN PENUTUPAN JALAN SEMPENA RAPTAI DAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2011

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dengan kerjasama Agensi-agensinya akan menganjurkan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011 pada 29 Januari 2011 (Sabtu) bermula jam 7.00 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari di Dataran Merdeka. Majlis ini akan melibatkan penyertaan sebanyak 85 kontinjen perbarisan dan perarakan yang melibatkan beberapa jalan utama di sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Sehubungan itu, raptai Majlis Pelancaran akan diadakan dan melibatkan penutupan beberapa jalan di sekitar ibu kota seperti berikut:

TARIKH: 25 Januari 2011 (Selasa)
MASA:   9.30 Pagi Hingga 11.30 Pagi (Raptai Teknikal)
JALAN YANG TERLIBAT: Jalan Hishamuddin / Jalan Raja, Persimpangan Jalan T.A Rahman / Jalan Raja

TARIKH:  26 Januari 2011 (Rabu)
MASA:  6.00 Pagi Hingga 12.00 Tengah hari (Raptai)
JALAN YANG TERLIBAT: Jalan Raja, Persimpangan Jalan T.A Rahman / Jalan Raja / Jalan Cenderasari / Jalan Lembah, Jalan Perdana / Jalan Lembah, Jalan Damansara / Bulatan Hishamuddin, Jalan Kinabalu / Susur Bukit Aman, Jalan Leboh Pasar Besar / Jalan Tun Perak, Lencongan Jalan Raja / Jalan Raja Laut, Lencongan Bulatan Dato‘ Onn / Jalan Parlimen Dari Arah Pusat Bandar

TARIKH: 27 Januari 2011 (Khamis)
MASA:  5.00 Pagi Hingga 12.00 Tengah hari (Raptai Penuh)
JALAN YANG TERLIBAT: Jalan Raja, Persimpangan Jalan T.A Rahman / Jalan Raja / Jalan Cenderasari / Jalan Lembah, Jalan Perdana / Jalan Lembah, Jalan Damansara / Bulatan Hishamuddin, Jalan Kinabalu / Susur Bukit Aman, Jalan Leboh Pasar Besar / Jalan Tun Perak, Lencongan Jalan Raja / Jalan Raja Laut, Lencongan Bulatan Dato‘ Onn / Jalan Parlimen Dari Arah Pusat Bandar

TARIKH: 29 Januari 2011 (Sabtu)
MASA:  5.00 Pagi Hingga 1.00 Petang (Majlis Pelancaran)
JALAN YANG DITUTUP: Jalan Raja, Persimpangan Jalan T.A Rahman / Jalan Raja / Jalan Cenderasari / Jalan Lembah, Jalan Perdana / Jalan Lembah, Jalan Damansara / Bulatan Hishamuddin, Jalan Kinabalu / Susur Bukit Aman, Jalan Leboh Pasar Besar / Jalan Hang Kasturi / Jalan Tun Perak / Leboh Ampang, Jalan Raja / Jalan Mahkamah Persekutuan, Lencongan Jalan Raja / Jalan Raja Laut, Lencongan Bulatan Dato‘ Onn / Jalan Parlimen Dari Arah Pusat Bandar

Para pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati dan menggunakan jalan alternatif yang sesuai bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta digalakkan menggunakan pengangkutan awam untuk ke Dataran Merdeka. Orang ramai juga digalakkan supaya merujuk papan ITIS dan mematuhi segala arahan Polis Trafik serta Penguatkuasa DBKL dari semasa ke semasa sebagai panduan penggunaan jalan raya di ibu kota.
Sebarang keterangan atau pertanyaan lanjut sila hubungi Call Centre DBKL di talian bebas tol 1-800-88-32-55.

Yang Betul,