Breaking News

Tips berjimat cermat

Pagi tadi aku dapat email dari seorang member mengenai tips-tips utk berjimat. Rasa macam nak kongsikan kat blog nih (dah kongsi dah pun..) Pernah tak korang keluar rumah untuk membeli sesuatu dan kembali ke rumah tanpa membeli barangan tersebut? Atau pernah tak korang keluar untuk melakukan sesuatu perkara dan kembali ke rumah tanpa dapat melakukan perkara tersebut?

Kenapa incik wanshah tanya? Kan tu perkara biasa. Ramai orang jugak macam tu. Jadi jangan korang ikut-ikutkan macam mereka. Kita lain. Kita adalah golongan yang menitikberatkan soal penjimatan (tapi bertempat dan agak² la jugakkan..). Bukan pula berjimat membuta tuli.Silap² langkah boleh terjerumus ke lembah kedekut nanti.(bleh la aku panggil korang Haji Bakhil. :-P)

Tapi apa masalah sebenarnya? Dengan terlalu kerap keluar rumah, pada akhirnya korang akan terbeli jugak perkara² kecil contohnya seperti minuman dan makanan ringan. Kalaulah tidak singgah makan dimana² atau membeli barangan menarik pada cinta pandang pertama. Korang faham² la maksud aku kan?.

Mari kenangkan kembali, berapa kalikah korang telah melakukan perkara ni? Cuba renungkan semula berapa wang yang sudah dibelanjakan tanpa korang sedari.

Korang jangan salah faham pulak, bukan maksudnya tidak boleh keluar rumah. Itu adalah sesuatu yang mustahil. Cuma kurangkan kekerapannya sahaja. Pasti bolehkan..

Selain itu, amalkan petua yang tok guru turunkan ini:

1. Pastikan waktu waktu tempat yang korang ingin tujui itu dibuka dan ditutup.
2. Dapatkan kemudahan perbankan Internet.


Dua petua ini je ke? Iye la.. dua petua ni je, dan dua pertua ini sebenarnya cukup menjimatkan wang korang sehingga Rm200 sebulan. Itu paling tidak. Maknanya aku bagi dh korang wang percuma la hari ini.(haa.. cepat belanje incik wanshah makan. huehuehue.. :-P)  Aku dengar korang kata terima kasih. Ok sama-sama. Hehehee..
Petua pertama itu memastikan korang tidak pulang dengan tangan kosong. Petua kedua pula menjimatkan wang bahan api, tenaga dan masa berharga korang. Manakala dengan mengurangkan kekerapan keluar rumah, ehemm.. memang banyak yang boleh dijimatkan. Antara pembayangnya; tempat hiburan, perbelanjaan mendadak, masalah social dan pelbagai lagi. Mudah tapi berimpak besar!

p/s: Selamat mencuba la ye :-)..

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.



Yang Betul,

10 comments

sahromnasrudin said...

klu smpi tak kua uma tue mcm katak bawah jambatan la plak..kne la keluar bersosial cikit tp paling jimat adalah bawak bekal dari uma klu pi kjer..jimat sekurang-kurangnya RM 5 sehari tau huhuhuh

Rizzuan Shah said...

yup, betul tu bro shahrom. bawak bekal tu pun satu penjimatan yang besar. tambah plak kalau isteri yang masakkan. :-) best oo..

::FAIZ:: said...

akupun dah mula dah berjimat...

piewahid said...

slm.
yg paling ramai org tkena apabila ada offer kat mana². masa tu kita membeli bukan kerana keperluan tetapi kerana tawaran harganya. akibatnya, barang² tersebut bertahun² tsorok bawah katil/ dlm gerobok!

Eyqa Zaque said...

bagus tips ne.

Rizzuan Shah said...

faiz: bagus la camtu faiz. tapi jgn sampai ikan kaloi ko tak makan plak sebab tuan dia jimat punye pasal. huhuhuh..

piewahid: betul tu incik wahid. kebanyakannya orang slalu terkena macam tu la. dalam nak saving tapi tak bleh tahan bila ada promotion macam².

Eqah: boleh try utk diamalkan. :-)

Fairus Basir from The Juggling Queen said...

tak dinafikan, allway happened to me.. hihihi..

Rizzuan Shah said...

psij188: dan termasuk saya jugak sebelum² ni kak :-)

Hafiz Ajmain said...

Nak jimat tu susah la bro.. asyik nak kluar je,huhu

Yiedpozi said...

jimat amalan mulia, membazir amalan syaitan...