Kepada TNB,
1 OKTOBER 2018
Tuan,
PERMOHONAN PEMASANGAN METER BARU TNB DI LOT6666 KAMPUNG LABU SEPANG
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman tuan, permohonan bagi pemasangan meter baru di kediaman saya (No. Permohonan: 4000111994)
telah melebihi tempoh sebulan dari tarikh permohonan saya iaitu pada 25 Ogos 2018. Saya juga telah beberapa kali pergi
ke TNB Salak Tinggi, Sepang bagi mendapatkan kepastian atas kelewatan tersebut. Tetapi alasan yang diberikan adalah sama
iaitu masih diperingkat mendapatkan anggaran kos.
3. Adalah saya dimaklumkan bahawa, Standard of Procedure (SOP) terbaru TNB bagi proses permohonan dan pemasangan
meter baru di premis hanya mengambil masa selama seminggu. Memandangkan kini telah melebihi tempoh sebulan, saya
berharap agar pihak TNB mengambil serius akan perkara ini, bagi memastikan kualiti perkhidmatan TNB dan juga tanggapan
pengguna terhadap TNB pada masa akan datang berada di tahap positif. Dengan kelewatan ini, ia sememangnya telah
menyukarkan pihak saya bagi proses permohonan CF.
4. Kerjasama dari pihak tuan amatlah saya harapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang maklumbalas
bolehlah menghubungi saya di talian 012-3456789 Encik Nama.
Sekian, terima kasih.
Nama Anda Di sini
Moga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment
Sila komen dengan berhemah